**SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA**

Pejam celik,pejam celik….Tak terasa setahun sudah Ramadhan yang lalu meninggalkan kita.Sekarang,tiba saatnya Ramadhan bersama kita lagi.Bergunungan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat IIahi kerana memberi kesempatan untuk kita sama-sama menghirup kedamaian Ramadhan pada tahun ini.Sekali lagi membuka ruang untuk kita hamba yang daif lagi hina berserah diri dan mengetuk pituMu mebersihkan hati dan sanubari serta perbuatan yang telah kita lakukan selama ini. Puasa Ramadhan merupakan wadah untuk kita membersihkan diri dari segala dosa dan noda yang telah kita lewati.Saya mengambil kesempatan di Ramadhan al Mubarak ini untuk saling mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan kepada semua warga SKKK1,teman-teman, sanak saudara,dan semua yang mengenali diri saya. Bulan penuh berkah telah tiba, tiba pula saat kita bermaaf-maafan, selamat menunaikan Ibadah puasa Ramadan, semoga amal ibadah kita diterima, amin

Thursday, September 3, 2009

::Selamat Menempuh UPSR Buat Murid Thn 6::

Setelah bertungkus lumus belajar,berusaha dan mengulangkaji serta melalui pelbagai program yang disediakan oleh pihak sekolah,maka tibalah saatnya murid-murid anak didik SKKK1 tahun 6 menggunakan segala ilmu dan petua-petua yang dicurahkan dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba."Selamat Menempuh Peperiksaan-UPSR"cikgu ucapkan buat murid-murid tahun 6 sesi 2009.Gunakan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.Kami di SKKK1 sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dan merestui segala ilmu yang kami curahkan buat anda semua.....Semoga anda semua akan memperolihi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti....kejayaan anda adalah kegembiraan kami.Tidak ada apa yang paling mengembirakan kami di sini melainkan melihat kejayaan anak-anak didik kami.Tempuhi peperiksaan dengan penuh ketenangan.....

Friday, May 29, 2009

**SUKAN TAHUNAN 2009**


Tahniah diucapkan kepada Unit KO diatas kejayaan anda mengajukan Sukan Tahunan 2009 yang sudah pastinya disambut dengan gilang gemilang.

Sunday, March 8, 2009





Satu majlis besar-besaran telah diadakan di SKKK1 pada 07 Mac 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..Ianya merupakan Majlis kesyukuran di atas Kecemerlangan Akademik yang dicapai pada tahun 2008,Mesyuarat Agung PIBG dan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UBB,UPSR 2008,khatam al Quran,Pen.Khas dan kecemerlangan kokurikulum.Majlis ini bermula jam 1.00 tgh hari dengan pendaftaran kehadiran ibubapa dan pelajar cemerlang,makan tengah hari,mesyuarat agung,acara persembahan murid dan seterusnya penyampaian hadiah.Majlis ini berjalan dengan begitu lancar kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan kakitangan SKKK1 dan juga AJK PIBG SKKK1.

Thursday, February 19, 2009

**LAWATAN ROMBONGAN JPN NEGERI SEMBILAN**





Satu rombongan dari JPN Negeri Sembilan telah mengadakan Lawatan Kecermelangan Akedemik ke SKKK1. Rombongan tersebut diketuai oleh Pn Hajah Kalsom bt Khalid iaitu Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, Pn Radziah Bt abdul Manap (Timbalan PPD Jempol Jelebu, Cik Ruzita Bt Ali (Penolong PPD Bahasa, PPD Jelebu), En Abdul Razak B. Samak (Penolong PPD Bahasa, PPd Kuala Pilah), Dr Rusni Bt Mohd Nor (Penolong PPD Bahasa, PPD Seremban), En Mohd Yusuf B. Hj Sulaiman (Penyelia ICT,PPD Jempol Jelebu dan En Mohd Razib B. Rahim (Penyelia Sains JPN Negeri 9.

Rombongan ini telah diiringi oleh JPN Negeri Kelantan En Wan Ismail B. Wan Daud (Penolong Pengarah Sektor jaminan Kualiti). Mereka telah membuat lawatan ke Makmal Komputer, Kelas Pra Integrasi, Pra Sekolah dan beberapa bilik darjah Tahun Enam.

Rombongan JPN Negeri Sembilan ini ingin melihat sendiri sejauh manakah program yang dijalankan di sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Mereka juga ingin membuat pemantauan ke sekolah-sekolah negeri Kelantan yang menggunakan aplikasi portal zooom-A. Menurut Ketua rombongan Pn Hajah Kalsom bt Khalid,lawatan ini adalah lebih kepada post mortem penggunaan aplikasi zoom-A yang digunapakai di seluruh PPD Negeri 9 tidak berjaya walaupun JPN negeri tersebut telah mengeluarkan belanja lebih daripada RM 100,000.

Mereka ingin melihat bagaimana Sekolah di Negeri Kelantan mengendalikan perisian portal ini. Pn Hjh Kalsom juga ingin megenal pasti di manakah kelemahan mereka dan di manakah kekuatan sekolah di negeri Kelantan. Mereka juga memuji program-program kecermelangan UPSR yang diadakan di bawah bimbingan PK Pentadbiran, Guru Besar dan Guru-guru tahun 6 di SKKK1.

Dalam pertemuan yang singkat itu sempat juga saya beri taklimat ringkas mengenai program-program kecermelangan yang telah dan akan dijalankan di SKKK1 pada tahun ini.

Rombongan ini ternyata begitu teruja dengan pencapaian yang telah dicapai oleh SKKK1 sama ada daripada aspek akademik,ICT dan juga ko kurikulum.Pn.Hjh. Kalsom juga ingin menjadikan saya sebagai idola kepada guru besar-guru besar di Negeri Sembilan daripada segi pengurusan dan pembudayaan ICT.Mereka juga begitu teruja dengan presentation  yang dipersembahkan kepada mereka menggunakan platform laman web dan laman blog dan juga beberapa slaid power point yang menerangkan program kecemerlangan akademik SKKK1.

Di penghujung pertemuan,mereka telah diberikan sedikit cendera hati berupa barangan dan makanan tradisioanal negeri kelantan. Wakil daripada SKKK1 dan JPN Negeri Sembilan masing-masing telah bertukar-tukar email dan alamat laman web dan blogspot untuk terus berhubungan demi untuk kecmerlangan pendidikan di sekolah masing-masing.

Semoga kunjungan ini akan memartabatkan lagi kecermelangan pendidikan anak-anak bangsa..." SAMA-SAMA GEMILANGKAN AKADEMIK PELAJAR"...MCN

Monday, February 16, 2009

**WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID**



Tanggal 16 February 2009 satu majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid diadakan di SKKK1 bagi memberi mandat kepimpinan kepada pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber sekolah,Briged ICT,ketua darjah dan penolong,Pengawas Pendidikan Khas,dan pengawas SPBT.Majlis ini disempurnakan olehChif inspektor Azhar B.Mohamed selaku ketua polis balai,Kubang kerian.Dalam ucaptamanya beliau menegaskan bahawa barisan pemimpin yang dilantik pada hari ini adalah terdiri daripada mereka yang layak memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan sekaligus merupakan intan yang terpilih...Oleh itu,laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh amanah,jujur dan berwibawa.....Di sini saya selaku Guru Besar SKKK1 juga turut berseru kepada para pemimpin kecil ini agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan akan kepimpinannya...." Sama-sama gemilangkan akademik SKKK1"

Sunday, January 4, 2009

**PANORAMA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2009**





"Sanggup berhujan dan berbasah kuyup"demi anak-anak tercinta....Itulah semangat kental yang ditunjukkan oleh para ibubapa murid SKKK1.Teruja saya melihat gelagat mereka ketika mengambil anak-anak pulang dari sekolah....Kekalkan semangat yang utuh ini demi satu tujuan..".Kejayaan"-Sama-sama kita berusaha ke arah Mennggemilangkan Akademik SKKK1-mcn

Friday, January 2, 2009

**SELAMAT KEMBALI BELAJAR**



Selamat kembali ke alam persekolahan saya ucapkan kepada semua murid dan warga SKKK1.Semoga anda semua melangkah ke alam pertama persekolahan bagi sesi 2009 dengan penuh keazaman dan semagat membara.Genggamkan semangat yang membara di jemari anda, nyalakan obor cita di dada anak-anak sekelian.Langkahlah ke alam persekolahan dengan penuh keazaman dan cita.Panjatlah gunung cita dan laksanakanlah harapan kedua ayah bonda yang selalu menginginkan anak-anak berjaya dalam hidup.Jangan persiakan harapan ayahbonda anak-anak.Jadikan sekolah sebagai wadah untuk anak-anak menimba sejuta ilmu,seterusnya pergunakanlah ilmu itu ke arah kebaikan di dunia dan seterusnya di akhirat.
Saya sebagai guru besar dan sekaligus mewakili para guru di SKKK1 ini sentiasa ikhlas dalam memberikan ilmu kepada anak-anak dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak semua."Selamat kembali Ke Sekolah Dengan Penuh keazaman...."jadikanlah sekolah itu sebagai "Sekolahku Rumahku dan Guruku Ibubapaku...."mcn.