**SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA**

Pejam celik,pejam celik….Tak terasa setahun sudah Ramadhan yang lalu meninggalkan kita.Sekarang,tiba saatnya Ramadhan bersama kita lagi.Bergunungan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat IIahi kerana memberi kesempatan untuk kita sama-sama menghirup kedamaian Ramadhan pada tahun ini.Sekali lagi membuka ruang untuk kita hamba yang daif lagi hina berserah diri dan mengetuk pituMu mebersihkan hati dan sanubari serta perbuatan yang telah kita lakukan selama ini. Puasa Ramadhan merupakan wadah untuk kita membersihkan diri dari segala dosa dan noda yang telah kita lewati.Saya mengambil kesempatan di Ramadhan al Mubarak ini untuk saling mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan kepada semua warga SKKK1,teman-teman, sanak saudara,dan semua yang mengenali diri saya. Bulan penuh berkah telah tiba, tiba pula saat kita bermaaf-maafan, selamat menunaikan Ibadah puasa Ramadan, semoga amal ibadah kita diterima, amin

Tuesday, December 23, 2008

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS!!!



Setelah sekian lama bercuti,harapan saya semoga semua guru SKKK1 sudah dapat menghilangkan kepenatan daripada segi fizikal dan juga mental.....Mesyuarat pertama untuk staf akademik sekolah kita akan diadakan pada: 31 Dec 2009,bertempat di Bilik Gerakan SKKK1,jam : 9.00 pagi.Semua guru diminta dapat menghadirkan diri.Jika ada sebarang masalah tentang kehadiran pada hari tersebut,sila hubungi saya dengan kadar yang segera.
Kepada Unit Akademik,Unit HEM,Unit Ko kurikulum,sila buat persiapan untuk pembentangan tugasan 2009 yang bakal dibentangkan pada hari mesyuarat tersebut.
Sekian dari saya....Selamat Bermesyuarat - Sama-sama menggemilangkan akademik SKKK1 dan membudayakan ICT di SKKK1...
**mcn**

MEMBUDAYAKAN ICT SKKK1



Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini,para pendidik mengorak selangkah lagi dalam arena pandidikan.Segalanya senang dicapai dengan menggunakan hujung jari sahaja.Bayangkan jika kita boleh mengelilingi dunia hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.

Di sini,saya menyeru kepada semua warga pendidik,kakitangan dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 menjadikan ICT sebagaim platform untuk mencapai visi dan misi Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan selaras dengan falsafah pendidikan negara ke arah melahirkan generasi yang seimbang dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek (JERI).

Sentiasa gunakan ICT dan budayakan ICT di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.Sama-sama kita menggembelingkan tenaga dan usaha ke arah Menggemilangkan Akademik Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

"Sama-sama Membudayakan ICT di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1"