Satu rombongan dari JPN Negeri Sembilan telah mengadakan Lawatan Kecermelangan Akedemik ke SKKK1. Rombongan tersebut diketuai oleh Pn Hajah Kalsom bt Khalid iaitu Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, Pn Radziah Bt abdul Manap (Timbalan PPD Jempol Jelebu, Cik Ruzita Bt Ali (Penolong PPD Bahasa, PPD Jelebu), En Abdul Razak B. Samak (Penolong PPD Bahasa, PPd Kuala Pilah), Dr Rusni Bt Mohd Nor (Penolong PPD Bahasa, PPD Seremban), En Mohd Yusuf B. Hj Sulaiman (Penyelia ICT,PPD Jempol Jelebu dan En Mohd Razib B. Rahim (Penyelia Sains JPN Negeri 9.
Rombongan ini telah diiringi oleh JPN Negeri Kelantan En Wan Ismail B. Wan Daud (Penolong Pengarah Sektor jaminan Kualiti). Mereka telah membuat lawatan ke Makmal Komputer, Kelas Pra Integrasi, Pra Sekolah dan beberapa bilik darjah Tahun Enam.
Rombongan JPN Negeri Sembilan ini ingin melihat sendiri sejauh manakah program yang dijalankan di sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Mereka juga ingin membuat pemantauan ke sekolah-sekolah negeri Kelantan yang menggunakan aplikasi portal zooom-A. Menurut Ketua rombongan Pn Hajah Kalsom bt Khalid,lawatan ini adalah lebih kepada post mortem penggunaan aplikasi zoom-A yang digunapakai di seluruh PPD Negeri 9 tidak berjaya walaupun JPN negeri tersebut telah mengeluarkan belanja lebih daripada RM 100,000.
Mereka ingin melihat bagaimana Sekolah di Negeri Kelantan mengendalikan perisian portal ini. Pn Hjh Kalsom juga ingin megenal pasti di manakah kelemahan mereka dan di manakah kekuatan sekolah di negeri Kelantan. Mereka juga memuji program-program kecermelangan UPSR yang diadakan di bawah bimbingan PK Pentadbiran, Guru Besar dan Guru-guru tahun 6 di SKKK1.
Dalam pertemuan yang singkat itu sempat juga saya beri taklimat ringkas mengenai program-program kecermelangan yang telah dan akan dijalankan di SKKK1 pada tahun ini.
Rombongan ini ternyata begitu teruja dengan pencapaian yang telah dicapai oleh SKKK1 sama ada daripada aspek akademik,ICT dan juga ko kurikulum.Pn.Hjh. Kalsom juga ingin menjadikan saya sebagai idola kepada guru besar-guru besar di Negeri Sembilan daripada segi pengurusan dan pembudayaan ICT.Mereka juga begitu teruja dengan presentation yang dipersembahkan kepada mereka menggunakan platform laman web dan laman blog dan juga beberapa slaid power point yang menerangkan program kecemerlangan akademik SKKK1.
Di penghujung pertemuan,mereka telah diberikan sedikit cendera hati berupa barangan dan makanan tradisioanal negeri kelantan. Wakil daripada SKKK1 dan JPN Negeri Sembilan masing-masing telah bertukar-tukar email dan alamat laman web dan blogspot untuk terus berhubungan demi untuk kecmerlangan pendidikan di sekolah masing-masing.
No comments:
Post a Comment